Thursday, February 26, 2009

tanggungjawab

salam...

hidup kita tidak lari dengan seribu satu macam tanggungjawab.
  • tanggungjawab kepada Allah
  • tanggungjawab kepada Rasulullah
  • tanggungjawab kepada negara
  • tanggungjawab kepada agama
  • tanggungjawab kepada bangsa dan masyarakat
  • tanggungjawab kepada ibu bapa
  • tanggungjawab kepada guru-guru dan sekolah
  • tanggungjawab kepada rakan seperjuangan
  • tanggungjawab kepada diri sendiri

itu adalah sekadar menyebut beberapa tanggungjawab yang hadir dalam hidup kita....

apatah lagi jika kita mempunyai jawatan, atau tugasan tambahan yang diberikan....

......

Tuesday, February 24, 2009

kehidupan ini

salam....

dalam kehidupan kita, kita tidak lari dari seribu satu macam kesalahan.
kita tidak mampu walau sekelumit debu pun mampu mengelak dari membuat kesalahan.
cuma, sama ada kita melakukan yang terbaik atau tidak.

dalam kehidupan kita, kita tidak lari dari satu suratan yang dinamakan takdir.
kita tidak mampu lari darinya.
walaupun begitu, kita mampu mengubah takdir hidup kita.
seperti dalam kalam Tuhan yang mulia
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka tidak berusaha

indah bukan?
namun keindahan dalam kehidupan ini...
adalah satu yang bersifat sementara.
tidak mungkin akan kekal selamanya

sesuatu yang fana'
tidak mungkin mencapai tahap immortaliti
mengapa...
kerana ianya
SUNNATULLAH

mengapa manusia berkejar-kejaran
mencapai tahap yang menjadi satu angan-angan?
mengapa manusia berkejar-kejaran
ingin menjadi seperti tuhan?

suatu kehidupan
penuh suratan
penuh ujian